gambar Uzbekistan

gambar Uzbekistan




Read more...

Kejayaan En Zamzari di Mahmudin Agency

Mahmudin Agency telah melahirkan beberapa orang Agency Manager sejak beberapa tahun yang lalu. Antara yang dikenali ramai ialah En Zamzari yang telah berjaya menubuhkan agensi beliau sendiri iaitu Al-Abid Agency


En Zamzari bergaya bersama motor

Petikan kata-kata En Zamzari yang dikirim kepada saya melalui email :

"Tq Allah! Tahun ini merupakan tahun ke 6 saya di eTiQa Takaful.... banyak manfaat yang saya dapat apabila mengambil keputusan untuk berhenti kerja 6 tahun yang lalu. Kalau nak cerita kat sini, tak cukup. Saya mohon kepada mereka yang di luar sana agar beri peluang pada diri sendiri untuk hadir taklimat Business Opportunity Program (BOP) setiap Jumaat 8.30pm di Mahmudin Agency."

Nama : Zamzari Abdul Latif
Jawatan: Pengurus Agensi
No tel: 019-3121996
Email: zmtkf21@yahoo.com.my


En Zamzari ketika bercuti di luar negara

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai taklimat Business Opportunity Program (BOP), sila penuhkan ruangan di sebelah kanan yang bertajuk "Sertai kami Sebagai Konsultan eTiQa"

~sue surah


Read more...

Apa presedur untuk menjadi consultant eTiQa? Berapa modal yg diperlukan?

Syarat-syaratnya:
1. warganegara Malaysia
2. umur 18 tahun ke atas
3. kelulusan SPM dan ke atas
4. Tidak diisytihar bankrap oleh Bank Negara

Cara-caranya:
1. Penuhkan ruangan di sebelah kanan anda "Sertai kami sebagai consultant eTiQa"
2. Fax salinan IC depan belakang dan sijil tertinggi anda samada SPM, STPM, Diploma, Degree dll kepada Mahmudin Agency di 03-87336294 attn to sue surah
3. Tunggu feedback daripada kami dlm masa 24 jam.

Modal yg diperlukan:
Untuk layak menjadi consultant eTiQa, anda hendaklah menduduki Takaful Basic Exam (TBE) di bawah penyeliaan The Malaysian Insurance Institute (MII). Yuran exam ni RM40 shj. Before exam, kami akan bekalkan kepada anda satu buku untuk persediaan exam. Buku tersebut berharga RM20. so total modal utk menjadi jutawan di Mahmudin Agency hanyalah RM60 :p

Persediaan exam:
Biasanya Mahmudin Agency akan buat satu kelas tutorial/ kelas persediaan seminggu sebelum tarikh exam.

So, apa lagi?


Read more...

Peraduan Senang Menang Mesra Wakil

Contest period: 1st April 2009 to 31st august 2009

Top 200 performers by FYCC (consultants only) will grab these fabulous prizes;

Top 1 Tabung Haji Savings RM50,000

Top 2 Tabung Haji Savings RM40,000

Top 3 Tabung Haji Savings RM30,000

Top 4 Tabung Haji Savings RM20,000

Top 5 Tabung Haji Savings RM10,000

Top 6 Tabung Haji Savings RM9,000

Top 7 Tabung Haji Savings RM8,000

Top 8 Tabung Haji Savings RM7,000

Top 9 Tabung Haji Savings RM6,000

Top 10 Tabung Haji Savings RM5,000

Top 11-30 Umrah Savings RM4,000

Top 31-50 Umrah Savings RM3,000

Top 51-100 Umrah Savings RM2,000

Top 101-200 Umrah Savings RM1,000

Additional insentives for consultants and agency manager:

Submit minimum of 25 new cases before 30th june, consultants/agency manager will entitle for
2 trolleys 1 minute shopping spree at Carrefour

Submit minimum of 25 new cases before 31st august; consultants/agency manager will entitle for
1 trolley 1 minute shopping spree at Carrefour

for more details, contact us! join us at Taman Putra Kajang office every friday 8.30 pm for more infos on how to win these fab prizes.

~proud to be an eTiQan :)


Read more...

Annual Planning Workshop (APW09) second batch

Atas permintaan ramai consultant, APW09 akan diadakan kali kedua seperti butiran berikut:

Tarikh: 23 dan 24 Mei 2009
Tempat: Impian Rimba Resort


Tempat adalah terhad. Pastikan tempat anda dengan mendaftar segera. Pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah menanti anda.


Read more...

Kejayaan di Mahmudin Agency

Inilah bukti-bukti kejayaan di Mahmudin Agency

Sifoo; En Mahmudin Ahmad

Motor kesayangan sifoo jutawan


Puan Rohani Abdul Haziz

En Zulkifli Othman

Norasurah Abd Wahab aka sue surah

Mohd Saimi Abdullah



Read more...

Peta ke Mahmudin Agency


Click on the map for better viewing. Print it and show up to our office for free consultation on how to become a successful eTiQa consultant. If you need more help, pls dont hesitate to call sue 013-3995362 or sifoo 012-3018558. You are more than welcome to join us to the top! Think twice no more, just grab this opportunity now and keep the success *money* flowing... ;)

p/s: already create the map as an A4 size for you to easily print it. :p


Read more...

Apa yang berlaku di APW09?

Pada 11 dan 12 April lepas kami mengadakan satu program Annual Planning Workshop 2009 di Pangsun Rimba Resort. Banyak yang dipelajari dan dikongsi bersama rakan2. Lihat lah wajah2 ceria bakal jutawan berikut:


luruskan barisan, ikut mcm paip kat lantai


semangat membara, jumpa client mesti close punya


ni yg paling pelik. nanyi lagu negaraku dlm sungai?


Fende dan Baharim, co-ordinator yg ceria dan kelakar

APW09 ni actually limited to 50 ppl only. Ramai lagi yg nak join, tapi tak dapat. So, kami plan nak buat APW sekali lagi on May. tarikh akan diberitahu kemudian. ;)


Read more...

Jemputan ke Program Peluang Perniagaan

Dengan sukacitanya kami ingin menjemput anda untuk menghadirkan diri ke Program Peluang Perniagaan eTiQa Takaful secara PERCUMA.

Butiran seperti berikut:

Tarikh: Setiap hari Jumaat

Lokasi:Mahmudin Agency No 32, 1A dan 1B Jalan Putra 7, Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor

Masa:8.30 malam hingga 10.00 malam

En Mahmudin sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta program.

Program ini bertujuan memberi maklumat kepada anda tentang faedah yang anda bakal perolehi dengan menyertai kami

Kami menyediakan latihan secara percuma dan sentiasa menyokong anda mencapai target yang anda tetapkan.

Datanglah dan ketahui cara-cara bagaimana mendapatkan pendapatan RM2500 sebulan secara sambilan. Pelajar kolej/universiti juga layak menyertai. ;)

Sila penuhkan borang Hubungi Kami di sebelah untuk menempah tempat duduk anda





Read more...

Annual Planning Workshop 2009 (APW)

Semua consultant / bakal consultant dijemput menyertai Annual Planning Workshop seperti berikut:

Tarikh: 11 dan 12 April 2009
Tempat: Pangsun Eco Resort, Hulu Langat
Yuran: RM92/seorang bagi bayaran sewa chalet dan makan

tujuan APW ini adalah untuk membantu anda membuat perancangan perniagaan. Pelbagai latihan dan aktiviti menarik turut diadakan. Luangkan masa anda untuk program ini.


Read more...

Program 300?

Ramai yang enggan ataupun tidak berminat untuk menjadi consultant/wakil takaful kerana tiada gaji basic. Tetapi situasi adalah berbeza di Agensi Mahmudin.

Sertai kami sekarang sebagai consultant eTiQa Takaful dan anda berhak mendapat elaun sebanyak RM300/bulan selama 18 bulan berjumlah RM5400 ! Target program 300 ini adalah untuk melahirkan consultant-consultant yang berpendapatan RM2500 selepas 18 bulan menyertai kami.

Kami menyediakan 10 orang leader/coach untuk melatih anda. Pelbagai aktiviti akan dikendalikan oleh coach2 tersebut. Peluang ini hanya terbuka kepada 100 orang yang pertama sahaja. Bertindak sekarang, selagi peluang masih ada. Hubungi kami sekarang. ;)


Read more...

Petikan Akhbar Harian Metro 4 Januari 2009

SYARIKAT: Mahmudin Agency Sdn Bhd
Islamic Financial Planner (IFP)

ANUGERAH: Anugerah Wakil Individu Terbaik 2000, Takaful Nasional (sekarang Etiqa Takaful) dan Anugerah Agensi Jutaan Ringgit Etiqa Takaful dari 2003 hingga 2008

HAMPIR setiap hari selepas tamat waktu kerjanya di sebuah kilang di Bangi, Mahmudin Ahmad bergegas ke bilik persalinan. Daripada seragam pekerja kilang, beliau menukar kepada pakaian pekerja pejabat yang lengkap bertali leher, sekali gus mengundang tawa dan sindiran rakan.

Selepas itu, beliau menunggang motosikal ‘kapcai’ kesayangannya untuk melaksanakan temu janji dengan pelanggan.

Sering juga Mahmudin ‘sorokkan’ motosikal usangnya jauh dari pelanggan. Bukan malu, tapi untuk mengelak pelanggan hilang keyakinan.

Bagaimanapun, itu cerita 20 tahun lalu ketika Mahmudin yang kini berusia 42 mula bertapak dalam bidang pemasaran insurans dan takaful.

Kini, motosikal kapcai jenis Yamaha CDI berwarna biru itu hanya tinggal kenangan dan penggantinya adalah deretan kenderaan mewah, termasuk jenis Mercedes Benz.

“Tak payahlah tulis berapa kereta yang saya ada, nanti orang kata saya riak dan nak tunjuk kaya pula,” kata Mahmudin yang kini berpendapatan melebihi enam angka setiap bulan berbanding RM550 sebulan ketika dia bekerja kilang dulu.

Anak pesawah dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor itu berkata, kesediaannya ditemu bual Metro Ahad adalah untuk berkongsi pengalaman supaya ia mampu menjadi motivasi dan memberi semangat kepada individu lain untuk berjaya dalam hidup.

“Siapa kata anak petani tak boleh berjaya? Siapa kata lulusan SPM tak boleh hidup mewah? Yang penting ialah usaha dan kesungguhan. Jika kita gigih, insya-Allah kejayaan menjadi milik kita,” katanya yang kini berjawatan Pengurus Agensi Kumpulan, Wakil Etiqa Takaful Keluarga dan Am, Mahmudin Agency Sdn Bhd.

Selepas berhempas pulas selama 20 tahun, beliau kini mampu memiliki dua rumah berkembar, deretan kereta mewah, memiliki pejabat operasi bernaung di bawah Etiqa Takaful Berhad (Kumpulan Maybank) di Taman Putra Kajang, Kajang dan tiga pejabat cawangan syarikatnya masing-masing di Kajang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya.

Menyedari hidupnya yang susah sebagai anak tani, selain turut membantu bapanya mengerjakan sawah, Mahmudin nekad berhijrah ke Kuala Lumpur selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada awal 1980-an untuk mengubah taraf kehidupan beliau dan keluarga.

Sekadar berbekalkan sijil SPM, Mahmudin bekerja kilang di Nikom Steel, Bangi, tapi bekerja sambilan sebagai ejen insurans selepas melihat banyak peluang untuk beliau mencipta kejayaan berikutan bidang itu masih kurang diterokai kaum Bumiputera.

“Saya mula terbabit dalam kerjaya sebagai ejen insurans selepas diajak seorang rakan berbangsa Cina. Namanya Lau Siong Seng. Dia banyak mengajar saya cara berkomunikasi dan meyakinkan pelanggan. Boleh katakan, dialah guru saya.

“Sekitar penghujung 1980-an hingga awal 1990-an, banyak cabaran perlu dilalui ejen insurans. Ketika itu, bukan mudah meyakinkan orang untuk mendapatkan perlindungan insurans kerana tahap pengetahuan serta kesedaran masyarakat, terutama orang Melayu, mengenai kepentingan perlindungan insurans masih rendah.

“Jadi, nak dapat pelanggan memang susah. Daripada 20 temu janji dengan pelanggan, hanya tiga atau lima yang ‘sangkut’, tapi saya lihat ketika itu ramai bukan Bumiputera yang menceburi bidang ini sudah berjaya.

“Daripada situ saya menilai, mengapa saya tidak boleh lakukan, sedangkan potensi mendapat pelanggan di kalangan orang Melayu lebih besar. Kesedaran itu membuatkan saya berusaha lebih gigih,” katanya.

Kata Mahmudin, hampir setiap hari beliau berulang alik sekitar Bangi, Kajang dan Kuala Lumpur mencari pelanggan dengan hanya menggunakan sebuah motosikal ‘kapcai’ jenis Yamaha CDI berwarna biru.

“Selepas habis kerja (di kilang), saya bergegas ke bilik persalinan untuk menukar pakaian dan memakai tali leher untuk menjadi ejen insurans pula. Rakan lain mengutuk saya dan mengatakan saya hanya membuang masa, tapi saya tidak patah semangat.

“Dihalau dari rumah pelanggan sudah menjadi asam garam. Ketika itu saya terpaksa meletak motosikal jauh daripada pandangan pelanggan yang ingin ditemui. Bukan kerana malu, tetapi penampilan begitu boleh menghilangkan keyakinan pelanggan,” katanya.

Usaha Mahmudin berbaloi apabila beliau meraih ramai pelanggan selepas tiga bulan bersusah payah hingga melayakkannya menerima Anugerah Ejen Terbaik Bumiputera.

Tanpa menoleh ke belakang, beliau berhenti kerja di kilang dan mengambil keputusan menjadi ejen insurans sepenuh masa.

Pada Mac 2000, beliau mengorak langkah baru dan berhijrah ke Takaful Nasional (sekarang Etiqa Takaful).

Sejak itu hidup dan kerjaya beliau semakin bersinar dan boleh dikatakan daripada ejen biasa, beliau bertukar menjadi ‘luar biasa’.

“Dengan pengalaman yang ada, saya ambil peluang mendapatkan sebanyak mungkin pelanggan dan mengembangkan kerjaya dalam bidang ini.

“Saya juga bertuah kerana masyarakat semakin sedar kepentingan mengambil polisi insurans dan perlindungan nyawa, lebih-lebih lagi yang berkonsepkan takaful kerana ia mengambil pendekatan Islam,” katanya.

Tidak sampai setahun bekerja dengan Takaful Nasional, Mahmudin menerima anugerah Wakil Individu Terbaik 2000, Takaful Nasional.

Tidak berhenti setakat itu, pada 2002 beliau mendaki jawatan lebih tinggi sebagai Pengurus Etiqa Takaful dan bertanggungjawab melatih ejen baru yang menceburi bidang ini

“Ketika itu saya hanya mengadakan latihan kepada ejen baru di rumah kediaman saya di sebuah flat sekitar Bandar Baru Bangi. Memang ‘daif’ keadaan saya ketika itu, tapi ia hanya permulaan.

“Berkat ketabahan, pada 2003 saya membuka pejabat operasi pertama di rumah kedai di Jalan 6C/7, Bandar Baru Bangi. Tahun berikutnya, saya membuka pula pejabat operasi di Putrajaya,” katanya.

Apabila dilantik menjadi Pengurus Agensi Kumpulan, bagai tiada lagi penghalang kepada beliau mencipta kejayaan lebih cemerlang dalam bidang ini dengan menubuhkan Mahmudin Agency Sdn Bhd.

Hasil titik peluhnya juga, pada Februari lalu beliau membuka pejabat operasi di 32-1A, Jalan Putra 7, Taman Putra Kajang, Kajang dan membuka satu lagi cawangan pada Jun berikutnya di Taman Kajang Utama.
Harus berani sahut cabaran

PENGALAMAN 20 tahun dalam bidang insurans dan takaful yang dimiliki Mahmudin selayaknya diiktiraf sebagai pencapaian yang mengagumkan.

Tidak hairan dengan pencapaian itu, beliau mampu melahirkan enam pengurus berwibawa dan 300 ejen di bawah Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) dalam syarikat Mahmudin Agency Sdn Bhd bagi pengurusan polisi takaful keluarga dan am.

Menurut Mahmudin, kini syarikatnya giat menambah bilangan ejen kepada 500 orang menjelang 2009, selain ingin melahirkan lebih ramai pengurus terlatih dalam jagaannya.

“Dengan kejayaan yang dikecapi hari ini, saya menyimpan hasrat untuk berkongsi segala ilmu yang ada bersama ejen baru yang ingin berjaya.
“Ini satu peluang mengubah hidup, tiada yang mustahil jika ada keinginan untuk berjaya. Saya juga tidak kedekut memberi pengetahuan yang dimiliki, ada baiknya ia dikongsi dan membuka jalan pada orang lain,” katanya.
Untuk melahirkan ejen yang berkebolehan, beliau mengadakan latihan dan seminar secara intensif di pejabat operasinya, Taman Putra Kajang, Kajang setiap hujung minggu.

Katanya, peluang dalam bidang ini juga bertambah baik kerana kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mengambil polisi insurans dan takaful semakin menggalakkan.

“Jika rajin, seorang ejen boleh mendapat 20 temujanji dan mendapat antara 15 hingga 17 pelanggan. Keadaan sudah jauh berbeza dibandingkan ketika saya mula menceburi bidang ini dulu.

“Jika berani berubah dan ada keinginan untuk menjadi jutawan dan memperoleh pendapatan tanpa batas, ini satu peluang yang patut diceburi. Sudah ramai ejen yang berjaya hari ini kerana berani sahut cabaran,” katanya.

Selain itu, menurutnya, beliau sedang membangunkan laman web, www.sifoojutawan.blogspot.com, yang akan mengetengahkan pengetahuan dan ilmu, serta sedikit pengalamannya mengenai bidang yang diceburinya ini.

“Ia bertepatan dengan moto Etiqa iaitu ‘mentakafulkan insan’, iaitu memberi jalan dan kesedaran kepada orang ramai untuk mendapat kebaikan bersama,” katanya.


Read more...

Jemputan ke Program Peluang Perniagaan

En Mahmudin sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta program.

Dengan sukacitanya kami ingin menjemput anda untuk menghadirkan diri ke Program Peluang Perniagaan eTiQa Takaful secara PERCUMA.

Butiran seperti berikut:

Tarikh: 9 Januari 2009 (Jumaat)
Lokasi: Mahmudin Agency No 32, 1A dan 1B Jalan Putra 7, Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor
Masa: 8.30 malam hingga 10.00 malam

Program ini bertujuan memberi maklumat kepada anda tentang faedah yang anda bakal perolehi dengan menyertai kami

Kami menyediakan latihan secara percuma dan sentiasa menyokong anda mencapai target yang anda tetapkan.

Datang dan ketahui cara-cara bagaimana mendapatkan pendapatan RM2500 sebulan secara sambilan

Sila penuhkan borang di bawah untuk menempah tempat duduk anda :



Powered by Wufoo


Read more...

Financial planning pyramid

Article source: http://www.bijaktakaful.com


This is what I learned 3 years ago when I first became an agent. The utmost principle of our financial perceiver.


Step 1: Protection.
First and foremost, whatever amount of income we have every month, MUST be contributed for protection. The protection could be for credit protection, income protection, or critical disease protection. Let's say you have RM100,000 credits to be paid, you must at least have the samebamount of coverage in case of total permanent disability or death. Sounds scary? that's the law of nature. Muslims should take this seriously; hutang mesti dibayar walau macam mana sekali pun. We dont want to burden our family with our credits when we are no longer with them(died). So start now, calculate how much credits are you obliged to and jot them down in your diary. I will share with you later how are you going to calculate the amount of protection that you need. And then for the income protection...

I suggest you calculate your income for 5 years. Reasons: if you are the bread winner of your family, your family members who are dependent on you will have 5 years to survive without you there to feed them. Your wife could get a job if she is a housewife, and your children could be better off. Isn't it such a relief to know that they are well taken care of even if one day, you are no longer with them?

Example:
Credit card = RM3000
Education loan = RM40,000
5 years income = RM240,000 (let's say your monthly income is Rm4000)
Critical disease = RM50,000 (at least)
TOTAL = RM 333,000 death/total permanent disability protection

Step 2: Savings
Depend on how much you can save every month. 20%, 30%, or 40% from your monthly payoffs are good to be kept in Tabung Haji, fixed deposits and etc. You will really need this money in case of emergency.
Savings portion could also be used for travel, haji, children's education, and retirement. Im sure you know about this better, no need to elaborate more...

Step 3: Investments
Investments are the last thing to do, whenever you complete step 1 and step 2. If you have no extra money, never invest. Reasons: Let's say you have RM30,000 in savings and you decide to invest it all, you are putting your hard earned money at risk! The best thing to do is maybe you could invest RM3000 for the beginning, and add the amount some more for another RM3000 after 6 months, depends on market situation. Consult your unit trust agents for this. You could also regularly invest in unit trust monthly, which they call it regular saving plan.

I hope we all get the clear picture now. The financial planning pyramid is the basic principle for us to practise. Let's share this with all people you care..

Article source: http://www.bijaktakaful.com


Read more...

Copyright © 2009 - Sifoo Jutawan - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template